Saturday, 19 November 2011

~✿..Betul, Saya Memang TIDAK SAYANG Awak Langsung..✿~

Betul..
Saya memang tak sayang awak.
Saya memang tak sayang awak langsung.
Noktah!

Saya memang tak sayang awak.
Sebab tak sayang awak, saya tunggu awak tiap-tiap malam.

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya dengar setiap apa yang awak luahkan pada saya.
Awak ingat saya nak dengar ke kalau saya sayangkan awak?
Jangan mimpi!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu kalau boleh setiap hari saya nak dengar suara awak, berbual dengan awak..tapi saya tahu awk taknak..
Kalau saya sayang awak, awak ingat saya nak tadah telinga dengar awak merepek-repek bercakap?
Jangan harap!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya balas semua pesanan awak..saya baca semua pesanan awk..
Kalau saya sayang awak, saya padam tu semua.
Betul awak.

Saya tak sayang awak.
Betul.
Sebab tu saya tulis benda ni semua untuk awak.
Biar awak tahu yang saya tak sayang awak.
Biarkan.

Awak ingat saya sayang awak?
Saya memang tak sayang awak.
Awak ingat tu baik-baik..simpan dalam hati..(✿◠‿◠)

No comments:

Post a Comment