Friday, 16 December 2011

siapa Yang Patut Kita Sayang..-_-





Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang kte syg..

ok kn??????

saye nak tengok awak je... leh kan ehhehehe ^__^

Sunday, 4 December 2011

ISi HAti~~ (",)


Syukur padaNya hati ini masih lagi berdetak.. berdetak mendayukan lagu yg hanya aku dan Dia sahaja tahu.. aku tahu hati milik ini gelap hitamnya, mungkin tiada lagi warna kemerahan padanya.. allah.. tenat sungguh hati milik hambaMu ini..

kononnya cinta dari lelaki itu aku sambut.. tapi aku tidak sedar cinta itu menambah luka yg dalam pd hati. berbalas2 pesanan ringkas, panggilan telefon, bertukar2 gambar .. astaghfirullah.. malunya aku.. iya.. pada masa itu kelihatannya aku yakin itu namanya BAHAGIA. tp maha suci allah, Dia dtgkan bermacam masalah, dugaan hati, tiap rancangan ingin bertemu ada sahaja aral yg mendatang. allah PELIHARA hambaNya!! sayang sungguh Dia pd hambaNya, cuma tika itu aku yg BUTA..bukan kami tidak cuba untuk berbaik, berdamai.. hanya dalam beberapa jangka masa kami berbaik, kemudian kami bertelingkah.. akhirnya.. PUNAH.. si lelaki fikir kami tiada persefahaman. aku MEMBANTAH ! aku bilang aku FAHAM akan dia. aku juga buntu, di mana SILAP? kenapa pasangan lain BAHAGIA tapi tidak aku ??



Menangis dan terus menangis. penat. iya. aku penat. hati aku KOSONG. luaran aku terSENYUM, tp hati aku.... saat itu, sahabat menghampiri.. diusir pergii airmata palsu PENYEMARAK api neraka.. dihulurkan pada aku kitab2 cinta suci.. dia kata 'sayang.. Allah cemburu melihat kau berkasih dengan yg lain selainNYa.. Allah dtgkan ujian ini hanya untuk kamu, yg benar2 layak..percayalah.. PERCAYALAH.. cinta insan buatmu pasti tiba, akan tetapi raihlah cintaNya terlebih dahulu..' Allah.. kurniakan sahabah aku itu syurga.. dia memimpin aku ke jalan cinta yg benar.. dia tidak menarik ganas tgnku mahupun menolak kasar aku ke jalan ini.. tapi dia lakukan segalanya dengan HIKMAH. HIKMAH.. LEMBUT.. aku sayang kamu wahai sahabah.. sayang..

lalu aku merangkak.. IYA. aku tahu jalan yg bakal aku ambil ini SUSAH. manakan tidak. saban hari hidup aku tidak pernah berenggng dengan handset, SMS, CALL, MMS.. tp dengan tiba2, tiada apa yg tinggal. TIADA. handset aku sepi. cuma sesekali ada SMS dr sahabah, manghantar kata semangat membenih cinta kepadaNya.. aku harus TABAH. tipu jika nafsu tidak pernah membisikkan kata rindu palsu itu, tipu jika syaitan tidak pernah menghasut agar kembali ke jalan BAHAGIA lama ku itu. TIPU. tp aku tahu.. aku punya IMAN yg cuba aku semai.. walaupun masih kecil, kekuatanya itu tak tertanding.. kerana aku mula YAKIN. YAKIN akan cintaNya.. terima kasih allah. saban hari aku terus berdoa ' ya Allah.. titipkan pada hati2 kami SakinahMu.. sesungguhnya Kaulah maha pemberi sakinah.. '

suatu hari.. lelaki itu menghantar khabar cuba untuk berbaik..aku juga keliru, mungkin ini benar2 kurniaNya padaku atau sekadar ujian hati.. aku sahut perkhabaran itu.. ya. dia ingin berbaik.. TIDAK! aku tidak akan terpedaya lagi. cukup sekali itu. allah.. kekuatanNya aku pinjam, menahan beban getaran hati yg mula tidak menentu. antara HALAL dan HARAM. DERITA sementara atau BAHAGIA yg sementara. aku kemukakan syarat.. andai niat baiknya itu BENAR, aku akan tunggu jalan halal itu tiba. itu janjiku..

segala puji buatMu.. aku masih cuba untuk UTUH. dan tidak akan lupa untuk memohon doa agar SAKINAH dan KEKUATAN itu sering bersamaku meredah jalan DERITA yg sementara ini.. Allah.. terima kasih Allah.. wahai hati sayang.. bersabarlah.. dengan izinNya aku akan cuba mengusir noda2 hitam pdmu sayang.. kita WAJIB terus gagah demi BAHAGIA selamanya itu.. insyaallah.. amin..